Kategori perempuan di atas muka Bumi

Kategori ini adalah berdasarkan perangai atau tabiat. Bukan bermaksud kategori sukan atau apa-apa jua kategori yang ada.

1. Menangguk di air keroh

Kategori macam ni bilangannya agak signifikan, sesuai dengan keadaan akhir zaman. Lebih banyak wanita atau perempuan yang suka mengambil kesempatan. Tak kira tua atau muda. Nauzubillah. Mintak dijauhkan..Sebagai info tambahan, 'menangguk' adalah imbuhan kata kerja. Contohnya menangguk ikan di air keroh. Ini berbeza dengan perkataan 'melukut' yang terdapat dalam peribahasa kerana melukut adalah kata nama sejenis haiwan.

2. Menyalahkan pasangan.

Dia saja yang betul. Jika digabungkan 1+ 2, keadaan akan lebih parah. Contohnya jika dia berkahwin dengan lelaki yang punya kedudukan, semata-mata kerana inginkan kesenangan. Dalam masa yang sama,langsung tidak menghormati pasangannya yang sanggup berkorban deminya. Malah sanggup melemparkan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas. Harap sempatlah bertaubat hendaknya....

3. Membuka aib pasangan.

Selepas menyalahkan pasangan, tibalah masa untuk bergosip pula. Maka bertambahlah saham dosa golongan wanita.

4. Berdolak-dalih.

Kadang-kadang jika dinasihat, dia akan menggunakan perkaitan sebagai alat untuk menutup kelemahannya. Sebagai contoh, jika lelaki mengatakan tentang kecurangan seorang wanita, dia juga akan mengaitkan perkara tersebut dengan lelaki, walaupun terbukti merekalah yang curang sebenarnya. Ada juga yang mampu mengeluarkan statistik tidak rasmi dari kajian sendiri seperti bilangan lelaki curang lebih ramai berbanding wanita, walhal di akhir zaman bilangannya hampir lebih kurang. Dan mungkin juga wanita sebenarnya lebih ramai curang, atas faktor bilangan mereka yang lebih ramai berbanding lelaki.

5. Berpura-pura

Tidak dinafikan tabiat ini mungkin lebih sinonim dengan lelaki. Namun wanita juga pandai melakukan helah seperti ini seperti pura-pura baik bagi mendapatkan perkara yang baik. Contohnya ingin mendapatkan lelaki baik tetapi perangai tidak baik dan tidak pernah berusaha untuk berubah.

6. Sentiasa ingin menang bila bersuara.

Kadang-kadang perkara yang dilontarkan adalah tidak relevan, tetapi orang perempuan sukar untuk mengaku kesalahannya biar apa jua yang berlaku. Lebih parah jika dia merupakan pemimpin kerana langsung tidak boleh menerima nasihat.

Setakat ini dahulu mengenai kategori-kategori wanita yang ada di atas muka bumi. Bagaimana pula dengan pendapat anda?


Comments

Popular posts from this blog

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Syarat² Wajib Sebelum Beliau Muncul

17 Karya Seni Bina Terkenal Dunia Kini Semuanya Di Ciplak Di China Termasuk Eiffel Tower, Great Sphinx Giza Dan Lain-Lain