Posts

Showing posts from May, 2020

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Image
Yang Membatalkan Sembahyang Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Perkara-perkara ini jika dilakukan semasa sedang sembahyang akan membatalkannya. 1) Bercakap Bercakap ertinya mengucapkan perkataan sekurang-kurangnya 2 huruf yang bukan bacaan dalam sembahyang. Jika batuk, bersin atau sanggap ketika dalam bacaan rukun qauli, maka dalah wajib berhenti dari bacaan itu kemudian diulang kembali bacaannya. Jika diteruskan membaca dalam keadaan terbatuk atau bersin, dikhuatiri bacaan itu menjadi salah dan ini akan membatalkan sembahyang itu ~ sama seperti bercakap. Membuat bahasa isyarat melalui perbuatan mahupun suara dengan niat untuk memberitahu sesuatu kepada orang lain dihukum sama seperti bercakap maka sembahyang itu akan batal serta merta. Contoh (1) Bahasa isyarat perbuatan Meletakkan jari ke bibir dengan niat menyuruh anak-anak kecil supaya diam maka sembahyang itu batal serta merta walau tiada perkataan yang diucapkan. Contoh (2) Bahasa isyarat dengan suara Dengan sengaja m