Generasi Milenial Menghadapi Risiko Kemurungan Dan Mati Muda.

Generasi Milenial Menghadapi Risiko Kemurungan Dan Mati Muda.



Generasi Milenial Menghadapi Risiko Kemurungan Dan Mati Muda.
Jom dengar penjelasan Ustazah Asma Harun dalam video di bawah.



Penjelasan Sains

Generasi milenial dianggap sebagai generasi yg beruntung kerana berada dalam zaman perkembangan teknologi yang luar biasa. Sayangnya, pakar kesihatan mendapati bahawa generasi ini juga yang paling mudah sakit dan memiliki risiko mati muda paling tinggi dibandingkan dengan generasi lain.

Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh generasi milenial ini adalah kemurungan, kemalangan dn kecederaan akibat kemurungan, kekurangan nutrisi (akibat tiada selera untuk makan makanan yang sihat) akibat gangguan kemurungan dan penyalahgunaan ubatan/dadah akibat kemurungan.

Ada bbrp cara yg boleh kita lakukan agar berada dalam keadaan lebih sihat. Antaranya:

1. Banyakkan mkn Sayuran Hijau dgn kandungan mineral, vitamin, dan antioksidan yang tinggi dan mampu memperkuat sistem ketahanan tubuh dan menyihatkan saluran penghadaman. Ketahanan tubuh sendiri akan bertambah baik apabila system penghadaman kita menjadi bertambah baik. Kesihatan fizikal dan mental akan meningkat.

2. Selalu Berehat dgn Cukup Setiap Malam
Faktor yg buatkan generasi milenial mudah sakit adalah tidak mendapatkan waktu tidur yang cukup krn faktor pekerjaan, bermain gajet elektronik, menonton program di tv, dll yg dilakukan pada waktu malam. Kurang rehat pada waktu malam (dan tidak cukup tidur) akan mengganggu system daya ketahanan tubuh dan akan menyebabkan mendapat penyakit kronik pada waktu yang muda.

3. Rajin Melakukan Aktiviti Fizikal
Utk jadi lebih sihat dan tidak mudah mendapat penyakit. Lakukan setidaknya 30 minit setiap hari di waktu siang bagi mengatasi stres dan keradanganyang menjadi sumber utama berbagai macam masalah kesihatan.

Melakukan aktiviti fizikal juga akan membuatkan peredaran darah meningkat, menurunkan tekanan darah dan kolesterol, memperbaiki fungsi hormon, sekaligus memperkuatkan sistem daya tahan. Kita akan dapat mencegah diabetes, kanser, penyakit jantung, stroke, dan lain-lain jika rutin melakukannya. Tetapi lakukan pada waktu siang dengan mengikut kadar kemampuan kita.

4. Mendapatkan Bekalan Lemak Sihat dengan Cukup
Pastikan untuk kita mengambil makanan yang mempunyai kandungan kandungan minyak sihat (yang mengandungi omega 3) yang tinggi seperti ikan salmon, ikan tuna, dan kuning telur. Mengamalkan suplemen lemak sihat seperti minyak zaitun dan vitamin E juga boleh dijadikan pilihan untuk memperbaiki kesehatan tulang, jantung dan saluaran darah, serta sistem daya tahan tubuh. Kita juga sangat disarankan untuk menikmati sinar matahari pada waktu pagi setiap hari untuk memastikan tubuh mempunyai vitamin D yang mencukupi.

5. Tidak Merokok
, tak ambil alcohol, ubat-ubatan penenang yang berlebihan dos dan penyalahgunaan dadah.

Semoga ia bermanfaat.

Sumber:

Smoothers, Hannah. 2019. Millennials Will Get Sick and Die Faster Than the Previous Generation. (Dibaca pada 8 November 2019)

https://ift.tt/2X3xmRV

Comments

Popular posts from this blog

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Syarat² Wajib Sebelum Beliau Muncul

17 Karya Seni Bina Terkenal Dunia Kini Semuanya Di Ciplak Di China Termasuk Eiffel Tower, Great Sphinx Giza Dan Lain-Lain