Posts

Showing posts from November, 2019

KISAH JUTAWAN MESIR MENJADIKAN ALLAH SEBAGAI SHARE HOLDER

Image
ALLAH SEBAGAI “ SHARE HOLDER”. Seorang jutawan Mesir dan bernama Solah Atiyyah. Pada permulaan ceritanya, ia terjadi di suatu daerah terpencil yang bernama Tafahna Asyraf, pekannya adalah di Mit Ghamr iaitu salah satu daerah yang bernaung di bawah negeri Daqahliah di Mesir. Kisahnya bagi saya amat menarik. Ia bermula apabila ada 9 orang sahabat yang telah pun tamat pengajian mereka di satu universiti pertanian dan ternakan di Mesir. Mereka ini mengalami masalah kewangan yang mencengkam hidup mereka. Sehinggalah mereka berazam untuk cuba mulakan hidup mereka dengan membuat suatu pekerjaan. Maka mereka memilih untuk menternak ayam yang sesuai dengan kemahiran yang mereka ada. Tetapi, mereka mencari orang yang ke sepuluh untuk dijadikan rakan kongsi yang boleh mereka kongsikan. Tunggu punya tunggu orang ke sepuluh masih belum ada. Mereka bersembilan ini mula mengumpulkan modal setiap seorang sebanyak 200 pound Egypt. Ada yang menjual gelang emas rantai isteri. 200 pound (RM50) atau junaih

Video Lengkap Bagaimana Seorang Lelaki Bertindak Sebagai Hero Menyelamatkan Al Quran Dibakar di Norway

Image
Video lengkap mengenai insiden puak anti-islam membakàr Al Quran di Norway dan lihat bagaimana Pahlawan Muslim Ummah Ilyas mempertahankan Al Quran tersebut dan lihat juga bagaimana muslim lain yang berada di sekitarnya bertindak balas selepas tindakannya yang berani itu.. Video ini telah menjadi tular masa kini. Baca berita penuh di bawah Seorang pemuda Muslim bertindak menyerang seorang lelaki lain didakwa bagi menghentikan lelaki itu daripada membakar al-Quran dalam satu perhimpunan di Norway. Dalam kejadian tersebut, ketua perhimpunan “Stop Islamisation of Norway (SIAN)”, Lars Thorsen cuba untuk membakar senaskhah alQuran di Kristiansand walaupun telah dihalang oleh anggota polis tempatan. Ketika cubaan tersebut, seorang lelaki dikenali dengan nama ‘Ilyas’ menerjah masuk ke ruang perhimpunan untuk menyelamatkan kitab berkenaan daripada dibakar. Thorsen yang kelihatan cemas mencampakkan naskhah terbabit sebelum diterkam oleh Ilyas yang menarik jaket dipakainya serta cuba menendang le

BOLEHKAH LAKUKAN SOLAT WITIR SATU RAKAAT SAHAJA?

Image
Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Selepas solat sunat selepas Isyak, saya lihat ramai jemaah solat sunat witir satu rakaat. Bolehkah witir dilakukan satu rakaat sahaja? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan. Menjawab persoalan di atas, kami nukilkan kenyataan daripada pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/527-529) yang menyebut: Sekurang-kurang solat Witir ialah satu rakaat, tetapi makruh melakukannya satu rakaat sahaja. Sekurang-kurang sempurna solat Witir ialah tiga rakaat, iaitu melakukannya secara dua rakaat bersambung dan satu rakaat lagi berasingan. Sementara yang paling sempurna adalah melakukannya sebanyak sebelas rakaat dengan mengucap salam selepas setiap dua rakaat dan diakhiri dengan satu rakaat. Hal ini berdasarkan hadith, daripada Ibn Umar RA, bahawa Rasulullah S

Minum Air Kosong Juga Boleh Memudaratkan Kesihatan

Image
Minum air kosong banyak-banyak takkan menguruskan badan. Ia memudarat badan akibat dari water intoxication atau dalam bahasa Malaysia mabuk air. 1. Mabuk air (Water intoxication) adalah disebabkan oleh pengambilan air (air kosong/plain water) secara BERLEBIHAN dalam masa yang singkat. Kondisi ini menyebabkan paras garam sodium dalam darah menjadi rendah atau dipanggil hypervolemic hyponatremia. 2. Ia terjadi apabila pengambilan air berlebihan dari kemampuan ginjal untuk membuang air. Sebab utama water intoxication adalah: 1) Minum air BERLEBIHAN semasa senaman/bersukan 2) Diabetis yang tidak terkawal 3) Ubat-ubatan yang menyebabkan kering bibir dan dahaga 4) Primari polydipsia atau psychogenic polydipsia 3. Tanda-tandanya: 1) loya 2) muntah 3) keletihan 4) tahap kesedaran menurun 5) sawan 6) koma 4. Kesan utama bahaya water intoxication adalah brain edema (bengkak otak) yang boleh menyebabkan tahap kesedaran menurun dan sawan. Akhir sekali boleh koma. 5. Minum air kosong terlebih byk ➡

Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz Masjid Cantik Dipuncak Gunung

Image
Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz adalah salah satu bangunan masjid yang berlainan dan mempunyai daya tarik bagi jemaah haji dan pelancong lain. Ini kerana lokasi masjid adalah sangat unik dan merupakan salah satu tempat ibadah bagi kebanggaan umat Islam di Turki. Jika biasanya bangunan masjid terletak di pusat bandar, masjid Hafiz Yusuf Yilmaz terletak di puncak Gunung Kible di Daerah Rize, Wilayah Guneysu, Turki. Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz mempunyai keluasan 275 meter persegi yang dilengkapi dengan kubah besar setinggi 13 meter dan bangunan menara setinggi 27 meter. Masjid Haci Hafiz Yusuf Yilmaz dirasmikan oleh presiden Turki, Erdogan pada 14 Ogos 2015. Reka bentuk masjid direka oleh Yusuf Yilmaz dengan meniru Masjid Semsi Ahmet Pasa bersejarah di kejiranan Uskundar, Istanbul, Turki. Masjid ini memiliki kapasitas untuk 200 orang. Imam masjid, Müstekim Karali, mengatakan masjid itu sangat populer di kalangan pengunjung dari negara-negara Muslim, sepeti Arab Saudi dan Malaysia. Rize’

Kategori perempuan di atas muka Bumi

Kategori ini adalah berdasarkan perangai atau tabiat. Bukan bermaksud kategori sukan atau apa-apa jua kategori yang ada. 1. Menangguk di air keroh Kategori macam ni bilangannya agak signifikan, sesuai dengan keadaan akhir zaman. Lebih banyak wanita atau perempuan yang suka mengambil kesempatan. Tak kira tua atau muda. Nauzubillah. Mintak dijauhkan..Sebagai info tambahan, 'menangguk' adalah imbuhan kata kerja. Contohnya menangguk ikan di air keroh. Ini berbeza dengan perkataan 'melukut' yang terdapat dalam peribahasa kerana melukut adalah kata nama sejenis haiwan. 2. Menyalahkan pasangan. Dia saja yang betul. Jika digabungkan 1+ 2, keadaan akan lebih parah. Contohnya jika dia berkahwin dengan lelaki yang punya kedudukan, semata-mata kerana inginkan kesenangan. Dalam masa yang sama,langsung tidak menghormati pasangannya yang sanggup berkorban deminya. Malah sanggup melemparkan bermacam-macam tuduhan yang tidak berasas. Harap sempatlah bertaubat hendaknya.... 3. Membuka ai

Penjelasan Sebenar Replika Keris Gergasi Di Pintu Utama UIAM Diturunkan

Image
Tinggal kenangan - replika keris di hadapan pintu masuk utama UIAM Tanda Mercu UIAM Baharu Mushraf Al Quran menggantikan replika keris Alhamdulillah, di pagi tadi saya sempat menyaksikan acara penukaran replika keris kepada Mushaf di pintu utama masuk UIAM. Ini adalah satu detik yang bersejarah kerana replika al-Quran adalah replika asal dalam logo UIAM. Replika pertama di UIAM Gombak sejak penubuhannya adalah sebuah tugu melambangkan huruf Alif sebagai simbolik kepada Iqra'. Ia kemudiannya ditukar kepada keris beberapa tahun yang lepas. Beberapa bulan yang lepas dalam ucapan sulung saya di UIAM selaku Presiden, saya usulkan kepada pihak UIAM menimbang untuk meletakkan keris di tempat yang sesuai dengan kehebatannya dan meletakkan Mushaf sebagai replika utama UIAM sesuai dengan logo asal UIAM. Ini adalah lebih tepat dan bersesuaian dengan asal usul dan genesis UIAM. Bagi saya replika keris perlu juga disanjung dan diletakkan di lokasi yang bersesuaian. InsyaAllah, bila semua urusan

Generasi Milenial Menghadapi Risiko Kemurungan Dan Mati Muda.

Image
Generasi Milenial Menghadapi Risiko Kemurungan Dan Mati Muda. Jom dengar penjelasan Ustazah Asma Harun dalam video di bawah. Penjelasan Sains Generasi milenial dianggap sebagai generasi yg beruntung kerana berada dalam zaman perkembangan teknologi yang luar biasa. Sayangnya, pakar kesihatan mendapati bahawa generasi ini juga yang paling mudah sakit dan memiliki risiko mati muda paling tinggi dibandingkan dengan generasi lain. Antara masalah kesihatan yang sering dihadapi oleh generasi milenial ini adalah kemurungan, kemalangan dn kecederaan akibat kemurungan, kekurangan nutrisi (akibat tiada selera untuk makan makanan yang sihat) akibat gangguan kemurungan dan penyalahgunaan ubatan/dadah akibat kemurungan. Ada bbrp cara yg boleh kita lakukan agar berada dalam keadaan lebih sihat. Antaranya: 1. Banyakkan mkn Sayuran Hijau dgn kandungan mineral, vitamin, dan antioksidan yang tinggi dan mampu memperkuat sistem ketahanan tubuh dan menyihatkan saluran penghadaman. Ketahanan tubuh sendiri ak

Baginda Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Bersama Koleksi Tongkat Miliknya

Image
Koleksi tongkat kayu Baginda Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Hampir 200 buah pelbagai rekabentuk dan saiz. Diperbuat pada kayu cendana, giam, kayu landasan keretapi dan papan lantai kayu istana lama. Baginda juga memiliki sebilangan tongkat kuasa. - MYNEWSHUB https://ift.tt/2Nrh4Pw

Kisah Sebenar Model Berpakaian Pengantin Bergambar Di Kubur Kristian.

Image
Sebelum ini telah tular perempuan melayu yang membersihkan tanah perkuburan kristian sebagai pekerjaan amal mereka dan kini tular pula gambar dan video perempuan melayu yang berpakaian pengantin di tanah perkuburan kristian juga.. Zaman sekarang ni mereka suka sangat membuat kerja-kerja pelik untuk menjadi popular.. Membersihkan kubur kristian Semalam telah tular beberapa foto dan video beberapa model berpakaian pengantin bergambar di kawasan kubur Kristian. Aksi mereka telah menerima perhatian netizen kerana dianggap tidak menghormati agama lain. Rata-rata netizen menempelak kelakuan mereka yang seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti terutama kepada kaum keluarga kubur terbabit. Justeru itu, pemilik butik tersebut telah tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar. “Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” kata pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26. Menerusi laporan Harian Metro, Nur Amirah