SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!.



SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!..

Oh Saddam!
Rejim yang direjam.
Diguling kerana mencengkam kejam.
Namun, hingga kini Iraq masih terpejam.

Dahulunya, umat Islam berteduh dibawah payung kekhilafahan. Namun, setelah payung empayar Islam ini dirobek-robek, maka setiap bangsa membawa diri mengikut haluan sendiri. Berpencar berpecah. Masing-masing ditadbir oleh para Raja Monarki. Raja Mesir, Raja Libya, Raja Iraq dan sebagainya.

Tetapi, umat Islam terus rakus. Masih tidak bersyukur. Masih tidak puas hati. Ingin menolak kuasa Raja-Raja. Kuasa Rakyat, laungan demokrasi menjadi pilihan. Tak mengapalah, Rakyat Memilih....

Ketika itu muncul gerakan Revolusi Arab yg disebut sebagai Pan-Arabism. Orang Arab menghapuskan monarki dengan semangat Nasionalis. Semangat ini ditiup kuat oleh Gemal Abdel Nasir di Mesir. Semangat ini jugalah yg berjaya menghalau penjajah barat di dunia Arab.

Begitu juga di Iraq. Setelah King Faisal II of Iraq terguling, pemimpin rakyat ketika itu Abdul Karim Qasim dari Parti Baath mengambil keputusan tidak mahu lagi bersama Gemal Abdel Nasir bagi membentuk Republik Arab Bersatu. Republik Arab Bersatu hanya memperlihatkan gabungan Mesir dan Syria,tanpa Iraq.

Ramai ahli parti Baath tidak puas hati dengan tindakan Karim Qasim sehingga kedudukan beliau goyah. Oleh itu, Karim Qasim bersatu dengan Parti Komunis Iraq bagi mengimbangi pengaruh. Hal ini amat dikesali oleh ahli parti Baath lalu mereka merancang untuk membunuh ketua parti mereka. Dan tokoh muda yg menjadi watak utama dalam misi pembunuhan ini tidak lain tidak bukan adalah SADDAM HUSSEIN!

SADDAM MELARIKAN DIRI KE SYRIA

Namun, misi ini tidak berjaya dan ramai pengikut Saddam Hussein lari berlindung di Syria iaitu sebuah “Rumah Yang Selamat” bagi penganut ideologi Parti Baath yg bernuansakan Nasionalis-Sosialis. Mereka yg tak sempat melarikan diri dihukum mati oleh Kerajaan Iraq ketika itu. Kemudian Saddam Hussein berhijrah ke Mesir bagi menyambung pelajaran.

Ketika Saddam Hussein di Mesir, sampailah khabar bahawa Karim Qasim telah digulingkan dari kerusi pemerintahan Iraq dan diganti oleh Abdul Salam Arif. Abdul Salam menangkap pemimpin Parti Baath Iraq yg bersekongkol dgn Komunis pada ketika itu. Ketika pemerintahan Abdul Salam ini, Saddam Hussein pulang ke Iraq. Namun tidak lama kemudian, Saddam Hussein di tahan dan dipenjarakan.

Kemudian berlaku peralihan kuasa di mana Presiden Iraq ketika itu,Abdul Salam Arif telah di gantikan oleh saudaranya Abdul Rahman Arif.

Di percayai hasil pengaruh dan bantuan Ahmed Hassan Bakr, Pemimpin Parti Baath Saddam telah di bebaskan. Dia diangkat oleh Ahmed Hassan Bakr ke jawatan yg strategik bg menguatkan parti itu.Kemudian duo Saddam Hussein dan Hassan Bakr telah berjaya menggulingkan kerajaan Iraq yg di ketuai Abdul Rahman Arif.

SADDAM MENJADI ORANG NOMBOR 2 IRAQ

Hassan Bakr menjadi pemimpin Iraq dan Saddam Hussein sebagai timbalannya. Mereka berdua juga menguasai pentadbiran ketenteraan. Saddam Hussein menggunakan kesempatan di jawatan ini untuk meningkatkan pengaruhnya sehingga pengaruh Hassan Bakr tenggelam.

Saddam Hussein juga cuba mengimbangi struktur demografi Iraq yang pelbagai itu agar kerajaan menjadi stabil. Warga Iraq ketika itu terdiri daripada pelbagai latar belakang yg merangkumi pelbagai etnik, agama, sosial, jurang ekonomi, sunni-syiah, Arab-Kurdish dan lain-lain.

Kedudukan Saddam Hussein semakin selesa apabila beliau menguasai telaga minyak Iraq. Dengan kelebihan ini, Saddam Hussein berjaya membawa pemodenan kepada Iraq. Kadar buta huruf turun dengan pendidikan percuma. Bantuan Rakyat Seluruh Iraq juga diperkenalkan. Keluarga tentera mendapat manfaat, kos perubatan dipermudahkan, subsidi kepada petani diberikan dan lain2 lagi.

Iraq menjadi negara moden dan sihat di Timur Tengah ketika itu sehingga UNESCO memberi anugerah kepada Saddam Hussein atas sumbangannya. Ekonomi Iraq berkembang pesat, infrastruktur bertambah baik. Jalan raya, perindustrian dan pertanian menjadi subur.

PERGOLAKAN POLITIK DUNIA ARAB

Sementara itu di Mesir,Anwar Sadat menjatuhkan Gemal Abdul Nasir di Mesir. Anwar Sadat menjadi pemimpin Mesir dan dia turut mengiktiraf Israel. Hal ini membuatkan Saddam Hussein menjadi marah lalu beliau melancarkan kempen sehingga menjadikan dirinya sebagai Penyelamat Bangsa Arab.

Saddam Hussein membuat perjanjian sekutu bersama Soviet Union hingga meyebabkan USA menjadi marah. USA kemudian membiayai pemberontakan bangsa Kurdish bagi melawan kerajaan Iraq. Namun gerakan Kurdish ini gagal menjatuhkan kerajaan Iraq yg stabil ini.

Pemimpin Iraq, Hassan Bakr ketika itu bertindak untuk bersatu dengan Syria sebagai sebuah kerajaan dimana Hassan Bakr akan menjadi ketuanya dan Hafez Assad (bapa Basyar Assad) menjadi timbalan. Sememangnya Iraq dan Syria berkongsi ideologi Baathism yang sama.
Hal ini membuatkan impian Saddam Hussein untuk menjadi pemimpin nombor 1 di Iraq gelap.

Oleh itu, Saddam Hussein kemudian telah memaksa Hassan Bakr meletak jawatan. Maka, berjayalah Saddam Hussein naik menjadi “Iraq Official 1”. Ahli parti Baath yg tidak bersetuju dituduh pengkhianat dan dijatuhkan hukuman bunuh. Ratusan pemimpin tertinggi Baath dihukum mati.

IRAQ DI KETUAI SADDAM YG BERFAHAMAN SUNNI

Meskipun majoriti warga Iraq adalah syiah,tetapi ia di pimpin oleh Saddam Hussein yg merupakan ASWJ. Pemerintahan Saddam yg bercorak sekular turut mengenepikan orang syiah dalam barisan kabinetnya.

Ketika Saddam Hussein mula memegang kuasa di Iraq, jiran mereka iaitu Iran sedang menghadapi Revolusi Islam Iran pimpinan Ayatullah Ruhollah Khomeini.Sedikit sebanyak Iraq terkena tempias,lebih2 lagi kpd penganut Syiah di Iraq.Dari hari ke hari,impak yg tercetus dari Revolusi Islam Iran kian ketara pengaruhnya.

Tercetus konflik di mana kemuncaknya berlaku perang Iraq-Iran dimana Iraq yg dibantu USA masuk menyerang Iran.Perang berlangsung hampir 10 tahun.

Sesudah tamat perang Iraq yg terdesak mahu pulihkan keadaan ekonominya dengan secara paksa meminta jiran-jiran Arab membantu mereka. Namun, Kuwait sebuah negara kecil yang kaya enggan tunduk kepada Iraq. Oleh itu, sekali lagi Saddam Hussein bergelumang dengan perang. Iraq masuk menjarah Kuwait dalam Perang Teluk (Gulf War)!

Tindakan Iraq ini telah mencetus kemarahan sekutu mereka iaitu USA. Hubungan Iraq-USA menjadi keruh di sebabkan perkara ini.Di tambah pula dengan sikap USA yg sentiasa memihak kepada Israel dalam konflik Israel-Palestin.

USA kemudian telah menyeru kepada rakyat Iraq dan juga negara2 Arab lain agar menjatuhkan Saddam Hussein. Namun tiada siapa berani menyahut seruan USA itu. Turki takut nak kacau Iraq, Iran juga takut. Begitu juga Arab Saudi.

Ini membuatkan kedudukan Saddam Hussein tidak goyah atau terancam sekaligus memberi mesej kepada USA bahawa “You cant touch me”.Saddam Hussein semakin kuat menyuarakan prinsip Anti-Baratnya.

Kemudian Saddam Hussein yg selama ini memimpin dengan corak sekular mengubah corak pimpinan dan perwatakannya menjadi seorang Muslim-Sunni yg warak. Watak ini amat disukai oleh rakyat sehingga beliau mendapat sokongan hampir 100% setiap kali pilihanraya.

DENDAM USA KEPADA SADDAM

Dalam diam, CIA mula buat kerja. Semua pertubuhan hak asasi manusia menuduh Saddam Hussein adalah seorang diktator yg banyak mengorbankan nyawa hingga digelar “Butcher of Baghdad”.

USA juga menuduh Iraq mempunyai kaitan dengan gerakan pengganas al-Qaeda yg mana dahulunya al-Qaeda adalah 'tentera bayangan' USA di Afghanistan bagi menghapuskan pengaruh Rusia.

USA yg dipimpin George W. Bush dan rakannya Tony Blair Perdana Menteri Britain giat berkempen bagi menjatuhkan Saddam Hussein di mana Iraq dituduh mempunyai Senjata Pemusnah. Sentimen 11 September dimainkan.

Dan USA datang menjarah Iraq pada tahun 2003. Tentera Iraq menjadi lemah dan Saddam Hussein hilang penguasaannya terhadap Iraq hingga memaksa dirinya melarikan diri bersembunyi. Partinya dibubarkan menjadikan Iraq tanpa kerajaan.Tentera USA mula bermaharajalela di jalanan. Melepaskan tembakan rambang seperti kita bermain game di CyberCafe.

Patung Saddam Hussein ditumbangkan oleh rakyat. Ahli keluarganya ada yg dibunuh.Saddam Hussein dilabel sebagai VIC (Very Important Criminal), penjenayah paling dikehendaki dan USA terus melancarkan operasi memburu Saddam Hussein.Pemburuan itu berakhir apabila Saddam berjaya di temui bersembunyi dibawah tanah berhampiran tempat kelahirannya.

Tahun berikutnya, Saddam Hussein di bicarakan dan telah disabitkan kesalahan membunuh.Beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Hukuman tersebut dijadualkan berlangsung tepat pada pagi 10 Zulhijjah.

PENGAKHIRAN HAYAT DI TALI GANTUNG

Ketika seluruh dunia Islam bertakbir menyambut Hari Raya Qurban, dalam masa sama di Iraq, Saddam Hussein bakal menjalani hukuman gantung.

Saddam kelihatan tenang ketika lehernya telah berada di tali gantung. Sang algojo mengejek-ejek beliau. Beliau bersyahadah namun belum sempat menghabiskan syahadahnya, “pangggg”... lantai terbuka dan lehernya dijerut!..

Setelah disahkan meninggal, berita ini disampaikan kepada pemimpin USA dan UK. “This is Democracy victory”. Ini kemenangan Demokrasi!

Namun, sehingga kini, tiada sebarang bukti senjata pemusnah ditemui. USA melaung-laungkan acuan demokrasi yg menjanjikan kestabilan Iraq pasca Saddam,telah pun kembali ke negara mereka.Setelah puas menghisap petroleum Iraq,merompak jongkong² emas Iraq dan menjarah segalanya,Iraq ditinggalkan dalam keadaan huru-hara.

Gerakan pengganas seperti al-Qaeda, ISIS kemudian mengambil kesempatan untuk masuk dan menguasai sebahagian Iraq.Namun hingga kini,Iraq tetap bergolak dan jauh dari keadaan aman.

Ketika ini, seluruh rakyat Iraq yg menjatuhkan Saddam mula berasa sedih dan menyesal. Pemuda-pemuda yg meruntuhkan patung Saddam,jika di berikan peluang pasti akan berusaha menegakkannya semula.

SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!

NOTA:
Olahan semula dari sumber asal.Full credit kepada penulis asal.Boleh ikuti beliau di: http://bit.ly/2HthKB2 (Non-Partisan, Anti-Binary)

Moga ampunan Allah buat mereka, Al fatihah. Sesungguhnya Allah Maha Tahu siapa yg lebih baik amalannya

http://bit.ly/2YHInYJ

Comments

Popular posts from this blog

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Syarat² Wajib Sebelum Beliau Muncul

17 Karya Seni Bina Terkenal Dunia Kini Semuanya Di Ciplak Di China Termasuk Eiffel Tower, Great Sphinx Giza Dan Lain-Lain