Kota Mesir yang Tenggelam. (gambar prasejarah)
Mesir adalah salah satu tempat kelahiran firaun yang sangat terkenal dengan khazanah keemasannya. Mesir juga sebuah negara yang banyak mengalami peristiwa bersejarah yang amat luar biasa pada zaman prasejarah.
Pada 2018 dunia dikejutkan oleh satu penemuan yang amat luar biasa untuk para arkeologi, ia adalah ceritera mengenai dua bandar yang telah hilang dan tenggelam lebih beribu tahun dahulu dan kini kekal dibawah Laut Mediterranean. Sejarah Mesir purba ini akan dipamerkan di Muzium Seni St Louis di Amerika Syarikat.
Artifak kuno ini telah ditemui oleh pasukan Franck Goddio, beliau merupakan salah satu ahli arkeologi bawah laut paling terkenal. Jumlah artifak yang mereka temui melebihi 200 dan ini termasuk patung-patung 16 kaki dari tuhan, ratu dan firaun. Objek lain termasuk perhiasan emas, duit syiling dan perigi gangsa. Dari pertemuan ini, kita dapat mengambarkan bahawa satu masa dahulu tempat ini pernah menjadi zaman gemilang yang sungguh menakjubkan.
Sejarah Kota yang Tenggelam.
Sebelum wujudnya Kota Alexandria pada tahun 331 SM, untuk masuk ke kota Mesir pedagang haruslah melalui jalan air dan jalan utama masuk ke Mesir adalah dari Greece yakni Thonis-Heracleion. Ia juga menjadi pusat tumpuan agama yang sangat terkenal. Para ulama dan sarjana klasik sering menyebut Canopus, sebuah bandar yang terkenal dengan kuil atau rumah beribadat berhampiran dengan Kota Thonis-Heracleion.
Franck Goddio mengesahkan bahawa semua bandar-bandar itu sebenarnya terletak di titik mulanya Sungai Nil, iaitu 30 kaki lebih rendah daripada Laut Mediterranean. Dan mereka percaya telah berlaku gempa bumi pada abad ke-8 disini , Ianya sebagai penyebab atau punca lenyapnya kota-kota indah disini. Hakikatnya mereka telah membina kota di tempat yang tidak stabil dan ini telah menyumbang kepada kematian mereka sendiri.
Bagaimana bandar-bandar tenggelam ini ditemui?
Penemuan terbesar ini berlaku pada 1933 apabila seorang juruterbang yang bekerja untuk Angkatan Laut Udara Diraja telah melihat beberapa bayang-bayang gelap di perairan Aboukir Bay. Kemudian diikuti dengan penemuan pelbagai barang dari Conopus yang dipercayai berasal dari zaman Ptolemaic.
60 tahun kemudian, Franck Goddio tengah menubuhkan satu pasukan yg diketuainya sendiri untuk menyelidik lokasi dan topografi umum bandar-bandar purba yang tenggelam. Penggalian yang dilakukan dengan menggunakan peralatan teknikal yang sangat canggih telah membantu para ulama mengetahui lebih lanjut mengenai Misteri Orisis. Tiap tahun pasti ada perayaan yang memmperingati mitos yang sangat terkenal di Mesir iaitu kematian dan kebangkitan Osiris, si Dewa Mesir.
klik gambar utk besarkan
Sumber
historicaleve
http://bit.ly/2JtCyti
Comments
Post a Comment