JANGAN TUDUH ULAMA2 SILAM BERSALAH MESKIPUN MEREKA DIUSIR, DISEKSA, DIPENJARA ATAU DIBUNUH

Omar Mokhtar Singa Padang Pasir

                                       Gambar hiasan Omar Mokhtar - Singa Padang Pasir

JANGAN TUDUH ULAMA2 SILAM BERSALAH MESKIPUN MEREKA. DIUSIR DISEKSA DIPENJARA ATAU DIBUNUH:👇👇

IMAM SYAFI'IE

Tangan dan kakinya dirantai lalu dibawa menghadap pemerintah dan hampir-hampir dipancung  dituduh Syiah dan pemecahbelah masyarakat.



IMAM HANAFI

Ditangkap, dipenjara, dicambuk, disiksa dan dipaksa minum racun oleh pemerintah lalu meninggal dunia kerana tidak setuju dengan dasar-dasar pemerintah.

IMAM MALIKI

Dicambuk dengan cemeti lebih kurang 70 kali sepanjang hayatnya oleh pemerintah kerana sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kehendak pemerintah.

IMAM HAMBALI

Dipenjara oleh pemerintah dan dirotan belakangnya hingga hampir terlucut kainnya kerana mengeluarkan fatwa yang bertentangan dengan kehendak pemerintah. Pemerintah menganggap mereka lebih betul daripada ulama.

SUFYAN AT TSAURI

Seorang wali Allah yang termasyhur. Ditangkap tanpa bicara kerana berani menegur kesalahan khalifah dan dihukum gantung tetapi sewaktu hukuman hendak dijalankan kilat dan petir menyambar pemerintah dan menterimenterinya lalu mereka mati tertimbun tanah.

SAID BIN JUBAIR

Seorang wali Allah yang dikasihi harimau. Dibunuh kerana didakwa memecah-belahkan masyarakat, menentang kerajaan dan berkomplot untuk menjatuhkan pemerintah.

ABU YAZID AL-BUSTAMI

Wali Allah yang terkenal dengan pelbagai karamah. Dituduh sesat kerana ilmu agamanya lebih tinggi daripada pemerintah. Dihukum pancung oleh pemerintah tetapi tiada siapapun berhasil memancungnya.

ABUL HUSIN AN-NURI

Wali Allah yang mampu menundukkan api. Ditangkap dan hampir dihukum kerana dia menentang tindakan pemerintah yang membenarkan minuman arak berleluasa dalam negara.

IMAM NAWAWI

Hampir-hampir dipukul dan telah dibuang negara oleh pemerintah kerana menegur tindakan pemerintah menyalahgunakan wang rakyat. Juga seorang wali Allah yang terkenal sepanjang zaman.

SAID BIN MUSAYYAB

Seorang ulama besar bernama Sa‘id bin a|Musayyib pernah mengalami kriminalisasi saat menolak baiat kepada putra Abdul Malik (alWalid dan Sulaiman) sebagai ganti dari Abdul Aziz bin Marwan, akhirnya Hisyam bin Ismail [selaku Gubernur Madinah] memberi sanksi 60 cambukan kepadanya, dan dipenjara.

Pada riwayat lain bahkan Sa‘id diboikot, tidak diajak bicara bahkan dihukum cambuk.

Subhanallah Allahu Akbar La haula wala quwwata illa billah..

Semoga kita diberikan KEKUATAN dalam memperjuangkan KEBENARAN, dan ISTIQOMAH dalam Perjuangan.,

*Katakanlah yg HAQ walaupun PAHIT.

Slmt Berjuang💪💪Sahabat2ku.

Insyaallah, Aamin.

-Ulama Warisatul Anbiya'.


Kredit : The Major FB

http://bit.ly/2VIwGD9

Comments

Popular posts from this blog

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Syarat² Wajib Sebelum Beliau Muncul

17 Karya Seni Bina Terkenal Dunia Kini Semuanya Di Ciplak Di China Termasuk Eiffel Tower, Great Sphinx Giza Dan Lain-Lain