Posts

Showing posts from May, 2019

Stadium Henningsvær Yang Menakjubkan di Norway

Image
Henningsvær Idrettslag Stadium di perkampungan nelayan kecil Henningsvær, yang terletak di dua pulau kecil di Lofoten, di Norway, tidak dapat dipanggil stadium; ia tidak dapat berdiri-hanya beberapa meter dari asfalt yang dituangkan di sekitar padang-dan hanya digunakan untuk bola sepak amatur. Tetapi lokasinya megah. Stadium ini terletak di pulau kecil yang berbukit yang dikelilingi oleh pemandangan yang menakjubkan yang terdiri daripada gunung dramatik dan puncak bergerigi, laut terbuka dan teluk terlindung. Lapangan bola sepak diletakkan dengan meratakan dasar batu padat di bahagian paling selatan pulau Hellandsøya, menghasilkan landskap yang sangat kasar, dihiasi dengan jumlah rak yang besar untuk pengeringan ikan. Di sekeliling perimeter padang adalah jalur asfalt yang berfungsi sebagai pendirian orang ramai dan sebagai tempat letak kereta. Kapasiti kecil stadium ini cukup mencukupi sejak kampung Henningsvær hanya mempunyai sekitar 500 penduduk. http://bit.ly/2WYnw2H

PENGENALAN DEEP WEB, DARK WEB DAN MISTERI MARIANA'S WEB

Image
KEMISTERIAN KEGELAPAN KEDALAMAN DAN KEMARIANA JARINGAN /? ARTIKEL OLEH :: ZIEFENZ ZEE DEEP WEB, DARK WEB DAN MISTERI 'MARIANA'S WEB • DEEP WEB Pertama sekali, harus kita ketahui Deep Web dan Dark Web adalah 2 perkara yg berlainan. Kita berkenalan dahulu dengan Deep Web yg juga di kenali sebagai Deepnet, Invisible web, Hidden web. Ia adalah sebahagian daripada kandungan di dalam rangkaian internet di mana kandungannya tidak dapat di akses oleh enjin carian seperti Google, Bing, Yahoo, Mozilla dan sebagainya. Sebab tulah ia juga di sebut 'invisible'. Deep web (dan juga Dark web) telah lama wujud sebelum adanya Internet. Orang yg bertanggungjawab memperkenalkannya ialah Sir Timothy John "Tim" Berners-Lee; founder WWW (World Wide Web) aka Internet. Beliau juga adalah kontraktor Freelance di CERN (Pertubuhan Kajian Nuklear Eropah). Mengapa enjin carian (spt Google) tidak dapat mengakses/mengindeks sesebuah laman web atau kandungan tertentu sesuatu web?. Banyak seba

DERITA GAZA SIAPA YANG PEDULI

Image
DERITA GAZA, SIAPA YANG PEDULI Artikel ini adalah nukilan Lillian Rosengarten yang di sumbangkan kepada PalestineChronicleCom.Beliau adalah seorang aktivis keamanan, penyair dan pengarang. Penganut agama Buddha ini juga merupakan bekas pelarian Nazi Jerman. *********************************** Aku Ingin khabarkan kepadamu tentang Gaza. Gaza hidup di dalam sangkar, di dalam sebuah penjara terbuka yang telah lama terasing dari dunia. Pokok-pokok oren telah lama jatuh menyembah bumi. Bunga-bungaan tidak lagi dieksport. Juga sayur-sayuran, buah-buahan dan buah zaitun,dahulunya semua ini perniagaan eksport yang pernah menjana hasil.Sejak tahun 2000, tentera Israel telah memusnahkan sebanyak 114,000 pokok zaitun.Yang lain pula telah lama musnah semasa perang 2008/09. Banyak yang tumbang dek fosforus putih dan bahan-bahan kimia yang lain. Kini, pertanian sukar untuk dikerjakan dan di sesetengah kawasan adalah mustahil. Gaza kelihatan seperti zon perang - lubang-lubang peluru jelas kelihatan di

TEROWONG NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN

Image
NADI PENGHUBUNG PEJUANG DAN WARGA PALESTIN Terowong bawah tanah adalah 'talian hayat' yg menjadi nadi kehidupan kebanyakan warga Semenanjung Gaza,Manakala bagi pertubuhan Hamas,terowong tersebut adalah antara paksi kekuatan ketenteraannya. Ini diakui sendiri oleh Komander Israel yang mendakwa pejuang Islam itu masih memiliki jumlah senjata yang besar dan mempunyai lebih 20,000 pejuang terlatih yang aktif beroperasi melalui terowong jauh di bawah tanah sempadan Mesir. Terowong ini adalah kunci bagi memastikan kuasa politik dan ketenteraan Hamas.Ia bukan saja menjadikan mereka sebagai sasaran serangan Israel malah turut menjadi isu utama dalam rundingan gencatan senjata. Pengarah Pusat Pengajian Strategik Begin-Sadat Universiti Bar-Ilan Israel,Prof Efraim Inbar berkata,dia percaya kerajaan Israel bertanggungjawab sepenuhnya di atas kewujudan terowong ini. “Israel tidak melihatnya sebagai serius pada awalnya.Malah tidak menggunakan sumber dan wang yang ada untuk mengesan dan mengh

Kerajaan Kebajikan Muammar Gaddafi: Rakyat Tetap Membencimu

Image
MUAMMAR GADDAFI :SUPREME LEADER DI LIBYA Sebelum ini kita telah membaca kisah kejatuhan Saddam Hussien di Iraq .. hari ini jom kita baca pula kisah kejatuhan Muammar Gaddafi seorang Supreme Leader di Libya. Gambar di bawah menunjukkan Almarhum Muammar Gaddafi mengimamkan solat jemaah bersama rakyatnya. Memang selalu jugalah Muammar Gaddafi menjadi Imam. Di kiri bawah, gambar ketika Muammar Gaddafi baru sahaja ditangkap oleh rakyatnya sendiri yang mengerumuni untuk menyeksa beliau.Dan terakhir di sebelah kanan bawah, gambar kegembiraan anak muda Libya meraikan kematian Muammar Gaddafi disisi mayatnya. SIAPA MUAMMAR GADDAFI? Dilahirkan dari keluarga miskin dalam khemah di padang pasir luar kawasan bandar dalam kalangan suku nomad badwi yang tidak terkenal, Muammar Gaddafi membesar sebagai penternak kambing dan unta. Oleh kerana masyarakat sekeliling yang buta huruf dan tidak merekod sebarang maklumat, maka tahun kelahiran beliau tidak dapat dipastikan secara tepat. Dibesarkan dalam hiruk

SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!.

Image
SADDAM DAH JATUH, IRAQ BELUM BANGUN!!.. Oh Saddam! Rejim yang direjam. Diguling kerana mencengkam kejam. Namun, hingga kini Iraq masih terpejam. Dahulunya, umat Islam berteduh dibawah payung kekhilafahan. Namun, setelah payung empayar Islam ini dirobek-robek, maka setiap bangsa membawa diri mengikut haluan sendiri. Berpencar berpecah. Masing-masing ditadbir oleh para Raja Monarki. Raja Mesir, Raja Libya, Raja Iraq dan sebagainya. Tetapi, umat Islam terus rakus. Masih tidak bersyukur. Masih tidak puas hati. Ingin menolak kuasa Raja-Raja. Kuasa Rakyat, laungan demokrasi menjadi pilihan. Tak mengapalah, Rakyat Memilih.... Ketika itu muncul gerakan Revolusi Arab yg disebut sebagai Pan-Arabism. Orang Arab menghapuskan monarki dengan semangat Nasionalis. Semangat ini ditiup kuat oleh Gemal Abdel Nasir di Mesir. Semangat ini jugalah yg berjaya menghalau penjajah barat di dunia Arab. Begitu juga di Iraq. Setelah King Faisal II of Iraq terguling, pemimpin rakyat ketika itu Abdul Karim Qasim dar

Mengapa Rejim U.S Tidak Berani Berperang Dengan Iran?

Image
Mengapa rejim U.S tidak akan berani berperang dengan Iran iaitu negara Islam terkuat dan kuasa ketujuh di dunia? - Iran mempunyai dua tentera yang hebat dan tentera bukan rasmi terbesar di dunia yang dikenali sebagai pasukan penggerak yang popular (Basij), yang terdiri daripada dua puluh juta dan lima juta dari mereka adalah pelatih tentera. - Iran mempunyai kekuatan tanah terbesar dan paling kuat di Timur Tengah. - Iran mempunyai kuasa tentera laut keempat paling kuat di dunia. - Iran mempunyai senjata peluru berpandu balistik yang keempat terbesar di dunia. - Iran dianggap negara kelima di dunia yang tidak boleh diduduki oleh tentera. - Iran adalah salah satu negara yang paling ramai penduduk di dunia. - Iran berperang dengan Saddam dan seluruh dunia bersamanya dan sistem Islam di Iran adalah penubuhan baru, Iran tidak kehilangan batu wilayahnya dan Republik Islam mengalahkan Saddam ... Hari ini, Iran mempengaruhi keputusan rantau dan dunia . - Iran mempunyai pengaruh di seluruh duni