Apakah Tabut itu?
Tabut makna sebenarnya adalah peti atau kotak yang terkandung di dalamnya perjanjian. Ia dijadikan petanda barakahnya kepimpinan Talut. Pada zaman Nabi Ibrahim, Tabut mengandungi suhuf Ibrahim, tongkat, pedang, dan sebagainya dari harta penting fisabilillah. Harta warisan Nabi Ibrahim ini menjadi rebutan anak cucu keturunannya sehingga peti ini telah diambil oleh Allah Ta'ala dan dipulangkan kembali kepada mereka yang terpilih sebagai khalifah Allah di kalangan para Rasul, seperti mana yang disebutkan oleh Ibn Katsir di dalam Tafsirnya.
Pada ayat tersebut juga dinyatakan Tabut itu mengandungi sakinah atau ketenangan dari Tuhan kamu. Para ulamak tafsir berbeza pandangan makna ayat ini. Ada yang mengatakan ia sebagai tanda keagungan Allah. Ada yang mengatakan, maknanya rahmat dari Allah. Ibn Juraij pula mengatakan, apa yang kamu ketahui dari tanda-tanda kekuasaan Allah, maka kamu pun tenang kepadanya.
Kemudian disebutkan pula dalam ayat itu, diberikan juga kepada Talut ketika itu tinggalan daripada keluarga Musa dan Harun. Para ulamak tafsir ada yang mengatakan tinggalan itu adalah tongkat baginda, ada yang mengatakan baju, lembaran, kasut dan sebagainya.
Selepas itu, ayat tersebut menyatakan Tabut itu akan dibawa pula oleh Malaikat. Ibn Abbas mengatakan malaikat membawakan Tabut dan diletakkan di tangan Talut ketika orang semua melihatnya. Ada juga ulamak tafsir mengatakan, diletakkan terus di rumah beliau.
Walhasil, ia merupakan tanda kekuasaan Allah, dan tanda betapa Talut merupakan pimpinan yang diberkati dan pilihan Allah. Kita perlu mentaati pimpinan yang mengikuti Rasul yang telah diutuskan oleh Allah tanpa ragu-ragu, dan dengan mentaati pimpinan sebegini sahajalah kita akan beroleh ketenangan. Tetapi jika kita menyokong pimpinan yang bercanggah dengan ajaran Rasul, walau cerdik bagaimana pun dia mengurus urusan, ketenangan tidak akan tercapai.
Kunci rahsianya terdapat pada keturunan ini.
Tabut di dalam Al-Quran
Kitab suci Al-Quran the Last Testament mengkhabarkan:
“Dan nabi mereka berkata kepada mereka: “Sesungguhnya tanda kerajaan (Talut) itu ialah datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagimu jika benar kamu orang yang beriman.” (Al-Baqarah : 248)
Inilah satu-satunya ayat dalam al-Quran yang menyebut tentang tabut secara langsung. Mari kita mengembara ke dalam ayat ini untuk mendapatkan isi tersurat dan tersiratnya.
Pertama: Mengapa hanya sekali saja disebut?
Ada beberapa kemungkinan. Boleh jadi ia perkara yang tidak penting kepada umat akhir zaman.
Namun begitu, keterbalikan daripadanya juga mungkin. Boleh jadi ia penting lalu disebut sekali saja sebagai ‘PENARIK PERHATIAN’.
Apabila disebut sekali saja, orang akan tertanya-tanya tentangnya lebih daripada perkara-perkara yang disebut banyak kali.
Dajjal tidak disebut secara langsung dalam al-Quran walaupun satu ayat, tapi kita mengakuinya sebagai perkara yang penting. Cuma kisah Dajjal ada dinyatakan dalam beberapa hadis sedangkan kisah tabut tidak begitu. Tapi di sini kita mendapat satu gambaran, sekalipun sesuatu perkara itu tidak disebut banyak kali ataupun tidak disebut langsung dalam al-Quran, hal itu tidak bererti ia tidak penting kepada kita.
Kedua: Siapa ‘nabi mereka’ itu?
Al-Quran tidak menjelaskan identitinya. Ayat 246-248 surah al-Baqarah hanya menamakannya sebagai “nabi mereka”
(ada hikmahnya penggunaan nama “nabi mereka” ini yang akan kita sentuh).
Menurut Bible pula, peribadi itu ialah Nabi Samuel.
Ketiga: Siapakah Talut?
Surah al-Baqarah ayat 246-251 mengisahkan kaum Bani Israil menuntut kepada Nabi Samuel agar mereka diberikan seorang raja. Kononnya jika diberi seorang raja, mereka akan bersemangat untuk pergi berjihad. Sebelum itu Bani Israil dipimpin oleh para hakim. Nabi Samuel berasa ragu. Seandainyalah Tuhan memberikan mereka seorang raja dan raja itu mengisytiharkan jihad, mahukah mereka pergi berjihad? Maklumlah, Nabi Samuel sedia faham kelakuan kaum Bani Israil yang banyak meminta itu ini tetapi sering saja melakukan kesalahan.
Apa yang dibimbangkan oleh Nabi Samuel menjadi kenyataan. Setelah Talut dipilih menjadi raja dan Tuhan datangkan perintah supaya berjihad, hanya segelintir saja orang-orang Bani Israil yang mahu.
Antara punca keengganan mereka ialah perlantikan Talut (Bible menamakannya Saul). Mereka memandang Talut seorang yang tidak bangsawan lagi tiada harta kekayaan. Jadi mereka tidak suka orang yang lebih rendah kedudukannya menjadi pemerintah mereka. Tetapi Nabi Samuel mempertahankannya kerana perlantikan Talut itu adalah atas wahyu Tuhan, mana boleh diubah-ubah. Lagi pula, Talut memang terbukti sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dan gagah.
Dan pulangnya tabut kepada Bani Israil setelah dirampas oleh orang-orang Palestin menjadi petanda keredhaan Tuhan kepada Talut.
Dalam Bible pada sifir Samuel 1 fasal 8, 9 dan 10 mengisahkan perihal yang lebih kurang sama dengan kisah daripada al-Quran. Cuma bahagian ‘kembalinya tabut sebagai petanda Saul sebagai raja yang diredhai Tuhan’ tidak saya temui.
Keempat: Apa itu ‘sakinah’
Biasanya ia diterjemahkan sebagai ‘ketenteraman’. Maksudnya yang tepat hanya Allah yang tahu. Berikut adalah ayat-ayat al-Quran yang menyentuh ‘sakinah’.
“Dialah yang menurunkan SAKINAH ke dalam hati orang-orang mukmin supaya bertambah keimanan dan keyakinan mereka beserta keimanan dan keyakinan sedia ada; padahal Allah menguasai tentera langit dan bumi, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Al-Fath: 4)
“Demi sesungguhnya Allah redha akan orang-orang yang beriman ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Muhammad) di bawah naungan pohon (di Hudaibiah), maka ternyata apa yang sedia diketahuiNYa tentang yang ada dalam hati mereka, lalu Dia menurunkan SAKINAH ke atas mereka dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.”(Al-Fath: 18)“
(Ingatlah) ketika orang-orang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh dalam hati mereka-perasaan sombong angkuh secara jahiliah, lalu Allah menurunkan SAKINAH kepada RasulNya dan kepada orang-orang beriman,.......”(Al-Fath: 26)
Nampaknya ia seperti satu ‘ketenteraman yang menguatkan’ hati/ jiwa. Wallahualam.
Kelima: Apa maksud bahagian ini:
“datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah (ketenteraman?) daripada Tuhan kamu, dan sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun, dibawa oleh malaikat...”?
Peti tabut dikatakan mengandungi ‘sakinah’, dan menurut pemahaman kita ‘sakinah’ bukanlah benda maujud. Kali ini Al-Quran tidak menceritakan apa-apa tentang dua loh batu berisi 10 Perjanjian yang diletakkan Nabi Musa ke dalam tabut.
Kemudian Al-Quran menyebutkan “sisa peninggalan keluarga Musa dan keluarga Harun.”Apakah barang peninggalan mereka berada di dalam tabut?
Bahagian ini memang mengelirukan.
Jika maksud sebenar ayat ini ialah “datangnya peti tabut dan datangnya peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti kedua-duanya terpisah dan barang peninggalan itu tidak berada didalam tabut. Tapi jika maksudnya ialah “datangnya peti tabut yang mengandungi sakinah dan mengandungi peninggalan keluarga Musa dan Harun”, bererti barang-barang peninggalan itu berada didalam tabut.
Tabut suci itu apa? Baiklah saya ingin menjelaskan sedikit tentang Tabut Suci tersebut. Ketika Nabi Musa keluar dari negara Mesir, Musa membuat sebuah peti yang disebut tabut.
Perkataan Tabut ini sebenarnya berasal dari bahasa Ibrani yg berarti peti. Di dalam tabut itu disimpan tiga macam barang yang dianggap suci, karena barang tersebut berasal dari Allah. Di dalam tabut perjanjian itu tersimpan buli-buli emas berisi manna, tongkat Harun yang pernah bertunas dan loh-loh batu yang bertuliskan perjanjian. Benda pertama melambangkan (tongkat Harun) kekuasaan Allah, benda kedua (manna) melambangkan kasih sayang Allah kepada umat manusia, benda ketiga melambangkan keinginan Allah agar manusia tidak melakukan dosa.
Keajaiban pertama di dalam tabut tersebut, ialah walaupun manna itu sudah ribuan tahunlamanya, tetapi masih tetap segar, tidak rosak. Bermula dari ukuran sehingga bentuknya semuanya adalah hasil ukiran dari Allah sendiri. (Keluaran 25:10- 22) Bagaimana bentuknya tabut tersebut? Tabut itu dari kayu akasia yang panjangnya 110 sentimeter, lebar dan tingginya masing-masing 66 sentimeter yg di lapisi bahagian dalam dan luarnya dengan emas murni begitu juga bingkainya dari emas. Tutupnya dari emas murni, panjangnya 110 sentimeter danlebarnya 66 sentimeter.
Sebagai tanda kekuasaan Allah dengan menggunakan tabut tersebut mereka boleh menyeberangi sungai Jordan yang dalam, tanpa melalui jambatan, jadi arus sungai itu boleh dihentikan dan ditahan oleh tabut. Dengan mana mereka boleh menyeberangi sungai, seperti dahulu ketika Bani Israel berjalan di tengah lautan. Bahkan tabut ini boleh digunakan sebagai senjata untuk perang. Bani Israel membawa tabut dan mengelingi kota Yerikho selama 7 kali, langsung benteng kotanya hancur runtuh, sehingga akhirnya mereka boleh menyerbu masuk ke dalam kota Yerikho.
Ketika rumah suci yang pertama dibangunkan oleh Raja Salomon, maka tabut tersebut disimpan di dalam rumah suci itu, setelah itu tidak jelas ada di mana dan ke mana tabut tersebut dibawa. Mereka mencari selama beribu tahun, tetapi tidak pernah ada yang menemukannya.
Baiklah kita ikuti sejarah dari Raja Salomon, berdasarkan sejarah Kerajaan Etiopia, Ratu dari Negara Syeba telah berkahwin dengan Raja Salomon. Dia sangat menyayangi Ratu Balqis sehingga boleh diminta apa saja daripadanya. 2 Tawarih 9:12 Selain hadiah-hadiah balasan yang biasanya diberikan oleh Salomon, Baginda juga memberikan kepada ratu dari negeri Syeba itu segala apa yang dimintanya. Hasil perkawinannya dengan Ratu dari Syeba, Raja Salomon mendapat seorang putera. Raja Menelik I adalah putera Raja Salomon.
Berdasarkan kitab sejarah rasmi dari negara Etiopia yang lebih dikenali dengan nama “Raja Kebra-Nagast di situ tercantum apa yg telah terjadi dengan tabut perjanjian tersebut. Ketika Ratu Syeba meninggal dunia Raja Menelik I pada ketika itu sudah berusia 19 th. Dia berhasrat meninggalkan Jerusalem dan kembali ke negara Ibunya untuk diangkat menjadi raja disana. Sebelum dia berangkat, Raja Salomon telah memerintahkan para tukangnya untuk membuatkan satu lagi Tabut Suci yang akan dihadiahkan kepada Raja Menelik I, sebab dia adalah putera dari isteri kesayangannya Ratu dari Syeba. Maklumlah Raja Menelik I telah dididik oleh Raja Salomon supaya percaya dan taat kepada Allah.
Pada ketika pesta perpisahan, Raja Menelik I membunuh imam penjaga Tabut Suci dengan minuman anggur yang sudah dicampur dengan racun dan membawa Tabut Suci yang asli ke Aksum (Etiopia) beserta para imam yang benar-benar taat kepada Allah, karena dia melihat para isteri Raja Salomon semuanya tidak percaya kepada Allah lagi, mereka semuanya sudah menjadi murtad dan berdosa terhadap Allah, oleh sebab itulah Tabut Suci dicuri dan dibawa ke negaranya dan Tabut Suci yang palsu ditinggalkan di dalam rumah suci. Para imam di dalam rumah suci itu tidak dapat membezakan antara yang asli dan yang Tabut Suci tersebut dengan catatan akan dikembalikan ke Jerusalem pada ketika bangsa Yahudi sudah tidak murtad lagi terhadap Allah, ternyata sampai 3000 tahun kemudian hal ini belum terjadi. Bahkan sudah tercantum di dalam Alkitab bahwa pada suatu saat Tabut Allah akan dibawa kembali dari negara Etiopia ke Yerusalem Yesaya 18,1,7 : “Dari sebuah negeri di seberang sungai-sungai Sudan terdengar dengingan serangga”.
Hai, kamu semua yang mendiami bumi! Perhatikanlah apabila panji-panji dinaikkan di puncak gunung-gunung! Akan tiba masanya persembahan-persembahan disampaikan kepada TUHAN Yang Maha Kuasa dari negeri itu yang dilintasi sungai-sungai, dari bangsanya yang kuat dan perkasa, dari orang-orangnya yang tinggi dan berkulit halus serta ditakuti di seluruh dunia. Mereka akan datang ke Bukit Sion, ke tempat TUHAN Yang Maha Kuasa disembah. Di manakah Tabut Suci itu sekarang yang akan mengembalikan kerajaan Allah dan dengannya akan tertegaknya agama Allah.
Wallahu a’lam.
https://ift.tt/2Se7jpX
Comments
Post a Comment