Posts

Berakhirnya Karier 4 legends Badminton

Image
Berakhirnya Career 4 legends... Lin Dan (36 tahun) Bersara 2020 666 menang, 128 kalah, 66 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 26 February 2004 Lee Chong Wei (37 tahun) Bersara 2019 713 menang , 135 kalah, 69 kali Juara dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 29 June 2006 Taufik Hidayat (38 tahun) Bersara 2014 413 menang, 138 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 1998 sewaktu baru berusia 17 tahun Peter Gade Christensen (43 tahun) Bersara 2012 517 menang , 155 kalah dan pertama kali ranking No. 1 dunia pada 22 June 2006 https://ift.tt/308TPjx

17 Karya Seni Bina Terkenal Dunia Kini Semuanya Di Ciplak Di China Termasuk Eiffel Tower, Great Sphinx Giza Dan Lain-Lain

Image
Walaupun merupakan karya seni bina yang terkenal di dunia, kebanggaan orang-orang di negara mereka, kini semuanya tampak seperti tiruan di China. Cukup hanya melancong ke China anda dapat menyaksikan bangunan-bangunan terkenal diserata dunia itu disini. Ia bukan seperti taman-taman mini tetapi adalah ukuran yang sebenarnya.. ia benar-benar nyata.. 1). Jambatan Thai Hong Tien Thu   China telah membina jambatan baru bernama pusat pelancongan Thailand Hong Tien Thu Co Khe Tinh Ha di daerah Vưu Khe, bandar Tam Minh, provinsi Fujian. Thai Hong Tien Thu Bridge bermaksud "tangan dewa yang menyokong pelangi" dan sebaik sahaja dibuka, ia segera menerima catatan Guinness untuk reka bentuk "Patung patung tangan Buddha terbesar di dunia". Jambatan Thai Hong Tien Thu dengan cepat menjadi tempat daftar masuk yang panas dan menjadi kebanggaan orang di sini, tetapi jambatan itu juga menimbulkan keributan rangkaian sosial Vietnam kerana penampilannya kelihatan seperti Jambatan. Emas

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Image
Yang Membatalkan Sembahyang Perkara-perkara yang membatalkan sembahyang. Perkara-perkara ini jika dilakukan semasa sedang sembahyang akan membatalkannya. 1) Bercakap Bercakap ertinya mengucapkan perkataan sekurang-kurangnya 2 huruf yang bukan bacaan dalam sembahyang. Jika batuk, bersin atau sanggap ketika dalam bacaan rukun qauli, maka dalah wajib berhenti dari bacaan itu kemudian diulang kembali bacaannya. Jika diteruskan membaca dalam keadaan terbatuk atau bersin, dikhuatiri bacaan itu menjadi salah dan ini akan membatalkan sembahyang itu ~ sama seperti bercakap. Membuat bahasa isyarat melalui perbuatan mahupun suara dengan niat untuk memberitahu sesuatu kepada orang lain dihukum sama seperti bercakap maka sembahyang itu akan batal serta merta. Contoh (1) Bahasa isyarat perbuatan Meletakkan jari ke bibir dengan niat menyuruh anak-anak kecil supaya diam maka sembahyang itu batal serta merta walau tiada perkataan yang diucapkan. Contoh (2) Bahasa isyarat dengan suara Dengan sengaja m

Apakah Tabut itu?

Image
Apakah Tabut itu? Tabut makna sebenarnya adalah peti atau kotak yang terkandung di dalamnya perjanjian. Ia dijadikan petanda barakahnya kepimpinan Talut. Pada zaman Nabi Ibrahim, Tabut mengandungi suhuf Ibrahim, tongkat, pedang, dan sebagainya dari harta penting fisabilillah. Harta warisan Nabi Ibrahim ini menjadi rebutan anak cucu keturunannya sehingga peti ini telah diambil oleh Allah Ta'ala dan dipulangkan kembali kepada mereka yang terpilih sebagai khalifah Allah di kalangan para Rasul, seperti mana yang disebutkan oleh Ibn Katsir di dalam Tafsirnya. Pada ayat tersebut juga dinyatakan Tabut itu mengandungi sakinah atau ketenangan dari Tuhan kamu. Para ulamak tafsir berbeza pandangan makna ayat ini. Ada yang mengatakan ia sebagai tanda keagungan Allah. Ada yang mengatakan, maknanya rahmat dari Allah. Ibn Juraij pula mengatakan, apa yang kamu ketahui dari tanda-tanda kekuasaan Allah, maka kamu pun tenang kepadanya. Kemudian disebutkan pula dalam ayat itu, diberikan juga kepada Ta

Syarat² Wajib Sebelum Beliau Muncul

Image
Syarat-Syarat Wajib Sebelum Beliau Muncul 1. Tapak Daulah Imam Mahdi Disediakan oleh Orang Timur A. Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW, “Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya.”(Ibnu Majah) Pemuda Bani Tamim adalah suatu gelaran yang sentiasa menggentarkan hati setiap pemerintah, sejak dari zaman permulaan Islam lagi hinggalah ke hari ini. Ini dengan mudah dapat dimengertikan karena setiap kali nama itu disebut, setiap kali itulah akan terasa kepada pihak pemerintah bahwa kedudukan mereka akan tergugat, dan kekuasaan mereka akan beralih tangan. Namun benarkah demikian? Siapa yang mengatakan demikian sehingga diyakini sangat-sangat oleh para pemerintah sejak dulu-dulu lagi? Apa yang ditakutkan sangat terhadap diri Pemuda Bani Tamim itu sehingga dianggap sedemikian rupa? Pemuda Bani Tamim adalah gelaran kepada seorang lelaki yang tugas utamanya adalah membantu menaikkan Imam Mahdi se