HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN



HUKUM LETAK BARANG ATAS AL-QURAN

Soal :

Adakah harus kita meletakkan suatu barang di atas Quran seperti ditindih di atasnya dengan buku yang lain atau mata benda seperti kunci atau umpamanya?

Jawab :

Para ulama telah bersetuju bahawa memuliakan Quran itu adalah wajib dan beradab dengan Quran itu tanda ketaqwaan seseorang.

Firman Allah :

ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Artinya : “Yang demikian itu siapa yang memuliakan syiar-syiar agama Allah maka sungguhnya ia sebahagian dari tanda ketaqwaan hati.” (Al-Haj : 32)

Maka memuliakan Quran termasuk tanda-tanda ketaqwaan hati kerana Quran adalah sebahagian dari syiar Allah.

Hukum meletakkan suatu barangan atau harta di atas Quran adalah dilarang melainkan diletakkan Quran di atas Quran yang lain maka ulama-ulama mengharuskannya.

Ada pun buku-buku selain Quran sekalipun buku-buku agama maka tidak diharuskan letaknya di atas Quran.

Berkata Al-Baihaqi :

وَمِنْهَا : أَنْ لَا يُحْمَلَ عَلَى الْمُصْحَفِ كِتَابٌ آخَرُ ، وَلَا ثَوْبٌ ، وَلَا شَيْءٌ

Artinya : “Dan setengah dari adab dengan Quran ialah tidak diletak di atas Quran akan kitab yang lain. Dan tiada harus juga letak pakaian atau suatu benda pun.” (Kitab Syua’bul Iman)

Berkata pula Imam Tirmizi :

ومن حرمته - يعني المصحف - إذا وضع أن لا يتركه منشورا ، وأن لا يضع فوقه شيئا من الكتب ، حتى يكون أبدا عاليا على سائر الكتب

Artinya : “Dan setengah dari adab memuliakan Quran itu jangan ditinggalkan dalam keadaan terbuka dan tidak diletakkan di atas Quran itu suatu dari buku-buku sehingga adalah Quran itu selamanya lebih atas dari segala buku-buku.” (Nawadirul Usul)

Harus Letak Quran Di Atas Quran

Berkata Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitami :

يجوز وضع مصحف على مصحف

Artinya : “Harus meletak akan Quran di atas Quran.” (Fatawa Hadisiyah)

Dan berkata Imam Baihaqi :

إلا أن يكون مصحفان فيوضع أحدهما فوق الآخر فيجوزو

Artinya : “Melainkan bahawa ada di situ dua buah Quran maka diletakan salah satunya atas yang satu lagi maka hukumnya adalah harus.” (Su’abul Iman)

Dan dimaafkan letak suatu yang bertujuan menjaga Quran seperti meletak kertas di atasnya supaya tidak jatuh atas Quran itu olih debu.

Dan dimaafkan juga barangan yang memang disimpan di dalam quran seperti penunjuk yang digunakan untuk menunjuk ayat yang dibaca atau penanda muka surat supaya mudah dijumpai muka surat yang hendak dibaca.

Wallahua’lam



Sumber: Facebook Ustaz Azhar Idrus (Oiginal)




https://ift.tt/30uyek6

Comments

Popular posts from this blog

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Syarat² Wajib Sebelum Beliau Muncul

17 Karya Seni Bina Terkenal Dunia Kini Semuanya Di Ciplak Di China Termasuk Eiffel Tower, Great Sphinx Giza Dan Lain-Lain