APAKAH MINYAK MASAK PAKET MINYAK TERPAKAI?
Gambar hiasan |
Baru-baru ini tular video dari Fizo Omar tentang minyak masak terpakai membuat ramai netizen merasa cemas dan bimbang.. jom saksikan video dibawah
KEMUDIAN JOM BACA PULA PENJELASAN DI BAWAH...
Selalu kita dengar orang akan kata minyak masak paket ni minyak terpakai atau minyak kitar semula, ada juga yang kata minyak paket ni diragui status halal sebab mungkin dikutip dari kedai-kedai yang memasak makanan tak halal. Sejauh manakah kebenaran dakwaan-dakwaan ini?
Untuk pengetahuan semua, asasnya minyak masak ini adalah berasal dari minyak sawit mentah yang diproses dan kemudiannya disebut sebagai "RBD (refined, bleaced and deodorized) Palm Olein" atau "Minyak Sawit (diperhalusi, dijernihkan dan dinyahbau)".
Di pasaran kita akan lihat ada yang dijual secara paket dan dijual secara botol. Apa beza kedua-dua jenis ni?
"Minyak masak paket" yang dibungkus dalam paket 1KG adalah minyak masak yang dikawal oleh kerajaan dan hanya boleh dijual pada harga subsidi yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Manakala minyak yang dijual di dalam botol atau bungkusan bersaiz selain dari itu, adalah tidak dikawal oleh kerajaan dan terpulang kepada pengeluar untuk menentukan harganya berdasarkan pasaran semasa.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa minyak masak botol tidak semestinya lebih berkualiti daripada minyak masak paket. Ada minyak masak botol yang mempunyai kualiti yang sama dengan minyak masak paket dimana pengeluar hanya membotolkan minyak masak yang sama dengan minyak paket tanpa melakukan sebarang proses tambah nilai kepada minyak tersebut dan boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.
Walaubagaimanapun, kebanyakan jenama minyak masak terkenal akan melakukan proses tambah nilai atau tambah baik kepada minyak masak yang dijual secara botol bagi meningkatkan kualiti produk mereka. Antaranya ialah proses penapisan ulangan bagi meningkatkan kejernihan dan mengurangkan titik awan (cloud point).
Minyak masak paket kebiasaannya sedikit gelap dan mempunyai titik awan yang lebih tinggi (CP 8 ) manakala minyak masak botol yang ditambah baik akan lebih jernih dan mempunyai titik awan yang lebih rendah (CP 6). Minyak masak dengan titik awan lebih tinggi akan lebih cepat membeku apabila suhu menurun.
Kebiasaannya takat gorengan minyak masak botol yang ditambah baik adalah lebih sedikit berbanding minyak masak paket atau minyak masak botol yang tidak ditambah baik sebanyak beberapa kali gorengan. Penggunaan minyak yang berulang-ulang juga akan mengubah sifat minyak dan mengurangkan takat didih minyak dan akan memberikan kesan kepada kualiti gorengan.
Jadi nak pilih yang mana?
Buatlah pilihan mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing.
Dakwaan yang mengatakan minyak masak paket sebagai minyak kitar semula juga adalah tidak berasas. Pemeriksaan oleh KPDNHEP dan KKM mengesahkan tiada aktiviti mengitar semula minyak masak terpakai untuk digunakan semula sebagai minyak memasak. MPOB juga hanya meluluskan lesen mengitar semula minyak masak bagi dijadikan bahan lain seperti sabun, bahan api biologi atau makanan haiwan sahaja.
Kos untuk mengitar semula minyak pula jika ingin dilakukan, akan melibatkan kos yang lebih tinggi yang mana ianya bukanlah suatu pilihan bagi mereka yang berhasrat untuk mengaut keuntungan secara mudah.
Status halal minyak masak paket juga tidak perlu diragui apabila ianya telah diberikan pengesahan halal oleh JAKIM, di mana akan dipastikan sumbernya berstatus halal, memenuhi keperluan keselamatan makanan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa lain yang berkaitan.
Wallahu a'lam.
Mtghufran
09 April 2019
https://ift.tt/2P5uuSk
Comments
Post a Comment