PERBEZAAN AIR ZAM-ZAM DAN DRINKING WATER DI MEKAH ATAU MADINAH
Air zam-zam di dalam tong diruang Mataf |
Rakan-rakan yg berhajat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah kena ambil tahu untuk "MENGENALI YANG MANA SATU:-
I. AIR ZAM-ZAM
II. AIR DRINKING WATER.
-
JOM KITA KENALI AIR ZAM-ZAM DI MASJID NABAWI DAHULU:-
Air zam-zam di Madinah |
1. Kesemua Air yang di dalam Tong berwarna "KRIM @ PEACH" di dalam Masjid Nabawi adalah Air Zam-Zam. Dimana di hadapan tong air Zam-Zam ini ada di labelkan dengan "Cold" dan "Not Cold".
2. Di beberapa spot pintu utama (di hadapan sebelah luar Masjid) utk jemaah lelaki dan pintu utama utk jemaah wanita juga ada disediakan Air Zam-Zam juga di dalam bekas tong air yang berwarna "Krim @ Peach" tadi.
3. Jemaah lelaki dan wanita sangat-sangat digalakkan utk meminum air Zam-Zam tersebut sehingga kenyang. Kerana khasiat dan keberkatan air Zam-Zam itu sangat banyak.. (yg ni semua org pun tau)..
4. Bila nak minum Air Zam-Zam tu jangan lah main minum sahaja, sebaiknya berselawatlah ke atas Nabi dan niatlah di dalam hati, akan pekara yg baik2.. Jangan lupa minum guna tangan Kanan.
MANAKALA DRINKING WATER DI MASJID NABAWI PULA:-
1. Diadakan sebaris berdekatan dengan pintu masuk (main gate) ke dalam Masjid Nabawi dan berada disebelah luar Masjid.
Ini adalah drinking water |
2. Kebanyakkan Drinking Water ini diadakan berdekatan tempat jemaah lelaki mengambil wuduk, juga laluan untuk turun ke tandas dan juga laluan untuk turun ke tapak parkir kenderaan.
3. Pili air Drinking Water ini kebiasaannya terdapat 20 - 40 unit (depan dan belakang).
4. Di setiap tong Air Zam-Zam ataupun Air Drinking Water ini ada disediakan sekali "Cup Plastik" yg berwarna putih.
Kadang kala kesian pulak dok tengok jemaah pakat-pakat dok ambil air drinking water kat luar, siap bawa botol bertong-tong, (depa ingat itu air Zam-Zam), walhal hanya air Drinking Water sahaja.
-
AIR ZAM-ZAM DI MASJIDIL HARAM
1. Sama juga di Masjid Nabawi di Masjidil Haram juga sama, disediakan Tong Air Zam yang berwarna "KRIM @ Peach", namun ada disesetengah spot tong air zam ada disediakan Rak untuk letak tong Air Zam-Zam di atas rak tersebut dan terdapat Notis dan etika utk jemaah minum Air Zam-Zam.
Rak air zam-zam dan notis serta etika minum air zam-zam |
2. Berbeza sedikit di Masjidil Haram, ada terdapat spot-spot Air Zam-Zam yg tidak diletakkan di dalam tong-tong tetapi menggunakan pili, tetapi diambil secara direct dari sumber utama dan disalurkan ke paip-paip untuk diminum. (Kena push button dan terdapat Notis "ZAM-ZAM WATER") Contohnya Air Zam-Zam di laluan Saie dan air zam-zam di hadapan pintu 17 dan pintu masuk utama laluan bas.
3. Specialnya di Masjidil Haram, di ruang Mataf juga ada petugas-petugas yg memikul air Zam-Zam utk diberi minum kepada jemaah yg sedang melakukan Tawaf, di ruang Mataf.
DRINKING WATER DI MASJIDIL HARAM.
1. Kebiasaannya di Masjidil Haram di setiap point pili air akan di tulis di notis board ayat-ayat berikut:-
"This is not Zam-Zam Water"
Atau pun
"Zam-Zam Water"..
-
KESIMPULANNYA
1. Kalau sebelum ni, kita tak tau mana satu Air Zam- zam dan mana satu air Drinking Water, dengan adanya sedikit pencerahan ini, diharap dapat membantu para jemaah.
2. Setiap jemaah umrah, hanya dibekalkan utk bawa balik Air Zam-Zam 5L sahaja seorang, so, jadinya tak payah lah kita bersusah payah pi beli lagi tong air 10L utk kita bawa balik Malaysia utk dikongsi bersama sahabat2 di Malaysia. Memang pihak Emigresen @ polis mereka x benarkan.
3. Kalau botol2 kecik tu boleh la try, tu pun tgk2 nasib jgk la.. kalau lepas, lepas lah, kalau x lepas kena tinggal lah botol kecik tu..
Air zam-zam 5liter untuk di bawa pulang percuma |
Sekian
Kredit pada penulis Azrul Zabani Umrah Khadamharamain Travel and Tour
https://ift.tt/2oyCzUm
Comments
Post a Comment