Posts

Showing posts from September, 2019

Shadharwan of the Ka'bah Dipercayai Tempat Malaikat Mengajar Nabi Muhammad Cara Berwudhu Dan Solat.

Image
The Shadharwan of the Ka'bah Sesiapa yang pernah mengerjakan Haji dan Umrah, akan melakukan tawaf samada tawaf rukun maupun tawaf sunat. Sesiapa yang berpeluang menghampiri dinding Kaabah atau mendekati pintu Kaabah, lihatlah di bahagian bawah tebing yang dipanggil Syazarwaan (Shadharwan). Terdapat 8 keping batu berwarna coklat yang dilekatkan pada syazarwaan. Adalah dipercayai, di situlah tempatnya malaikat Jibrail a.s. mengajar Nabi Muhammad s.a.w. cara mengambil wudhu dan mendirikan solat. Sumber: Haramain Facebook https://ift.tt/2mhHAQq

SALURAN PANCUR EMAS DI ATAS BUMBUNG KAABAH YANG UNIK

Image
Anatomi Kaabah - PANCUR EMAS + MIZAB - Bahada Arab + PANCUR EMAS - Bahasa Melayu + TALANG EMAS - Bahasa Indonesia 1. Ini lah bahasa yang diberikan kepada saluran pemancur air yang terbuka di bahagian atas bumbung Kaabah yang menghala ke Hijir Ismail. Terletak di tengah-tengah antara Penjuru Iraqi dan Penjuru Syami (di bahagian atas). 2. Pancur Emas ini dibuat sesudah pembinaan Kaabah oleh Arab Quraish dan ini merupakan "Binaan-Binaan Kaabah yang penuh Kemuliaan" di perbuat dengan menggunakan logam EMAS TULIN. 3. Dari Sudut Engeneering, Pancur Emas ini adalah untuk membuang takungan air yang terletak diatas bumbung Kaabah bila hujan. Di Pancur Emas (dalam Hijir Ismail) ini juga salah satu tempat-tempat Mustajab untuk berdoa. 4. Di bahagian depan Pancur Emas ini ada tertulis "Bismillahirrahmanirrahim -Ya Allah" (bermaksud, dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang-Wahai Allah" 5. Di bahagian sisi kiri Pancur Emas ini ada tertulis "Jaddada Hadza

HAID WANITA DAN UMRAH

Image
HAID WANITA DAN UMRAH Haid adalah fenomena biasa dalam kehidupan wanita. Kedatangannya pada setiap bulan satu daripada ciri kewanitaan tulen serta lambang kesuburannya. Haid tidak menghalang wanita daripada mengerjakan semua rukun dan wajib haji atau umrah kecuali tawaf di Baitullah. Aisyah meriwayatkan: “Kami keluar dari Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan haji. Apabila kami tiba di Saraf, aku didatangi haid. Rasulullah SAW masuk menemuiku ketika aku sedang menangis. Baginda bertanya: Kenapa kamu menangis? Adakah kamu didatangi haid? Aku menjawab: Ya! Maka Baginda bersabda maksudnya: Sesungguhnya perkara ini (haid) sudah ditentukan Allah ke atas anak perempuan Adam. Maka, tunaikanlah apa saja yang biasa dikerjakan oleh seseorang yang mengerjakan haji, kecuali tawaf di Baitullah sehingga kamu suci. (Sahih al-Bukhari) Berdasarkan hadis itu, amalan selain tawaf seperti berniat haji atau umrah, wukuf di Arafah, sa’ie, mabit di Muzdlifah dan melontar jamrah boleh dilaksanakan. Berikut

PERBEZAAN AIR ZAM-ZAM DAN DRINKING WATER DI MEKAH ATAU MADINAH

Image
Air zam-zam di dalam tong diruang Mataf   Rakan-rakan yg berhajat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah kena ambil tahu untuk "MENGENALI YANG MANA SATU:- I. AIR ZAM-ZAM II. AIR DRINKING WATER. - JOM KITA KENALI AIR ZAM-ZAM DI MASJID NABAWI DAHULU:- Air zam-zam  di Madinah 1. Kesemua Air yang di dalam Tong berwarna "KRIM @ PEACH" di dalam Masjid Nabawi adalah Air Zam-Zam. Dimana di hadapan tong air Zam-Zam ini ada di labelkan dengan "Cold" dan "Not Cold". 2. Di beberapa spot pintu utama (di hadapan sebelah luar Masjid) utk jemaah lelaki dan pintu utama utk jemaah wanita juga ada disediakan Air Zam-Zam juga di dalam bekas tong air yang berwarna "Krim @ Peach" tadi. 3. Jemaah lelaki dan wanita sangat-sangat digalakkan utk meminum air Zam-Zam tersebut sehingga kenyang. Kerana khasiat dan keberkatan air Zam-Zam itu sangat banyak.. (yg ni semua org pun tau).. 4. Bila nak minum Air Zam-Zam tu jangan lah main minum sahaja, sebaiknya berse

Kisah Nadya Suleman Yang Hamil Kembar 8 Melalui Kaedah IVF Yang Benar-Benar Luar Biasa.

Image
Masih ingatkah anda dengan gambar di atas? Wanita di atas dikenali sebagai "Octomom" Nadya Denise Doud-Suleman menjadi terkenal selepas dia melahirkan octuplets - iaitu lapan bayi yang tumbuh di dalam rahimnya secara serentak - pada Januari 2009 melalui kaedah IVF (Bayi Tabung Uji). Tetapi cerita wanita yang unik ini tidak bermula dan berakhir dengan lapan kanak-kanak itu. Kehidupan Nadya penuh dengan kelainan yang mengejutkan dan berubah, dan peristiwa yang tidak mungkin kelihatan lebih hebat apabila anda menyedari mereka semua telah berlaku kepada orang yang sama - dalam masa yang singkat. Apa yang lebih mengejutkan daripada melahirkan octuplets? Jom baca seterusnya untuk mengetahui. Nadya  ketika 4tahun Nadya Suleman atau sebelumnya Natalie Denise Suleman dilahirkan di Fullerton, California, pada 11 Julai 1975, satu-satunya anak kepada ayahnya dan ibu negara Lithuania. Tetapi sejak usia yang sangat muda, Nadya  merasakan dan mengimpikan akan menjadi seorang ibu dan mempuny