[10 Gambar] Merecikkk..! Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Membuatkan Tulang Rusuk Lelaki Bergetar..!

PERGGHHH…!!! Cun Habis… Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair…
Mira yang mula popular selepas berlakon dalam drama bersiri Cinta Si Wedding Planner telah melonjakkan namanya sehingga dia berjaya merangkul Artis Baru Popular ketika Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH29) dan juga Artis Baru Meletop ketika malam Augerah MeleTop Era yang diadakan pada bulan lepas.
Namun, pasti ramai yang tidak pernah melihat wajah adik beradik Mira yang persis sepertinya. Jom kita lihat gambar adik beradik Mira yang cun-cun semuanya.


Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!

Perghhh Cun Habis..Inilah Adik Beradik Mira Filzah Yang Terlajak Ayu Bikin Lelaki Cair Hati!
Biodata Beliau:
Nur Amirah Filzah binti Badioezaman atau lebih dikenali sebagai Mira Filzah (lahir 2 April 1993) merupakan seorang peragawati, usahawan dan pelakon wanita Malaysia.
Beliau merupakan bekas pelajar cemerlang dan penari kebudayaan SMK Aminuddin Baki Kuala Lumpur dan juga seorang pelajar jurusan perniagaan antarabangsa di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam.
Di samping berlakon, Mira Filzah juga mempunyai produk kecantikan miliknya sendiri, MORA ESSENTIAL yang berkolaborasi dengan seorang lagi rakan kongsinya.
Bukan hanya itu, beliau juga bakal merasmikan koleksi tudung jenamanya sendiri, MF SHAWLS.
Antara Drama yang terkenal hasil lakonan Mira Filzah adalah Eksperimen Cinta (2015) dan Cinta Si Wedding Planner (2016).
Mira Filzah mula menceburkan diri di dalam bidang peragaan sejak berumur 17 tahun, sebelum beralih pada bidang lakonan filem pula. Drama televisyen pertamanya merupakan Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk.
Selepas ‘senyap’ dari bidang hiburan selama 2 tahun untuk fokus terhadap pembelajarannya di Universiti Teknologi Mara dalam bidang Perniagaan Antarabangsa , Mira Filzah tidak menyangka ada tawaran dalam bidang lakonan yang datang kepadanya menerusi filem Eksperimen Cinta yang diterajui oleh Izreen Azminda dan Fahrin Ahmad. Tawaran yang datang dianggapnya sebagai rezeki dan pengalaman baharu.
Meskipun memegang watak sebagai watak pembantu, watak sebagai Suraya dalam Eksperimen Cinta dikatakan hidup dan mendapat perhatian peminat.
Tawaran yang datang selepas dia membintangi drama Eksperimen Cinta tidak disangkal lagi dan beliau kerap muncul di kaca televisyen melakonkan pelbagai telemovie selepas itu. Memegang watak sebagai Intan di dalam telemovie Abang Haji di TV3 di mana beliau perlu menghidupkan perwatakan gedik menambah pengalaman baharu baginya kerana beliau tidak pernah melakonkan watak sebegitu apatah lagi perwatakan tersebut dianggap sebagai antagonis dan boleh membuatkan dirinya tidak disukai.
Sangkaan tersebut jauh meleset apabila ramai penonton telemovie tersebut memberi respon positif terhadap lakonannya yang menjadi.
Tidak sampai setahun melibatkan diri dalam industri hiburan Malaysia, nama beliau sudah cukup dikenali di kalangan peminat.
Tidak dinafikan lagi, pelakon baharu ini mula dikenali dan menjadi viral di laman sesawang Facebook kerana memperagakan uniform rasmi penguatkuasa, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk telemovie baharunya iaitu Din Sardin (2015). Jelas beliau, berita tentang gambarnya yang viral di laman sosial tidak dirasakan sebagai sesuatu yang negatif dan menganggap ianya peluang agar dirinya lebih dikenali di mata masyarakat.
Kepercayaan yang diberikan oleh pengarah dan penerbit baginya tidak disia-siakan untuk menerajui sebuah drama yang sedang hangat dan menjadi perbualan peminat, Cinta Si Wedding Planner(2016) yang bersiaran di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 7 sehingga 8 malam. Walaupun ada penonton yang mempertikaikan gandingan pelakon baharu ini bersama aktor hebat dan ternama Malaysia, Ady Putra dalam drama itu, namun setelah beberapa episod yang ditayangkan, gandingan mereka mendapat feedback positif daripada rata-rata peminat. Walaupun belum habis ditayangkan, dikatakan drama ini akan menyambung telemovie pada Hari Raya Tahun 2016, Cinta Si Wedding Planner Raya.
Menurut beliau, akan ada beberapa lagi drama yang bakal menyusul menjelang tahun 2016 buat tontonan peminat.
Mira Filzah juga tercalon dan memenangi Anugerah Meletop Era 2016 sebagai Artis Baru MeleTOP dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH) sebagai Artis Baru Wanita Popular.


Sumber Biar Semua Jadi Berita http://ift.tt/2lUojUj

Comments

Popular posts from this blog

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat

Berakhirnya Karier 4 legends Badminton

17 Karya Seni Bina Terkenal Dunia Kini Semuanya Di Ciplak Di China Termasuk Eiffel Tower, Great Sphinx Giza Dan Lain-Lain