Hiasan Gunung Berapi GUNUNG BERAPI TEMERLOH AKAN MELETUS BALIK? dan RAHSIA EMAS akhir zaman ... Ramai yang tak tahu bahwa Semenanjung Malaysia dahulu mempunyai gunung berapi yang banyak sekali dan tersusun cantik sepanjang banjaran titiwangsa . Jutaan tahun dahulu sebenarnya semenanjung Malaysia yang asal ialah Perlis ,Kedah , Perak ,Selangor , Negeri Sembilan dan Melaka Namun plat Cathaysia yang mempunyai negeri Kelantan , Terengganu , Pahang dan Johor telah bertembung dengan plat Sibumasu iaitu tanah semenanjung asal . Akibat dari pertembungan , tekanan dan pelanggaran kedua tektonik ini , ianya telah mewujudkan barisan gunung berapi disepanjang banjaran ini . Pada waktu itu gunung-gunung berapi ini semuanya adalah aktif . Namun setelah ia berlanggar sepenuhnya barulah gunung berapi yang aktif tadi bertukar menjadi separuh aktif , pendam sebelum akhirnya menjadi tidak aktif atau mati . Lalu setelah banjaran-banjaran gunung berapi ini mati , ianya telah membentuk menjadi bukit pergunu