Bismillah.. Abu Hurairah RA meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Hari kiamat belum akan terjadi sampai ilmu diangkat dan gempa bumi banyak terjadi di mana-mana". (HR Bukhari) Abdulllah ibn Hawalah al-Azdi RA meriwayatkan, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai ibnu Hawalah, apabila engkau melihat khilafah sudah memasuki tanah-tanah suci, maka gempa bumi, malapetaka, perkara-perkara besar, dan hari kiamat lebih dekat kepada manusia ketimbang tanganku ini dari kepalamu." (HR Abu Daud) Daripada Auf bin Malik RA, dia berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: "Hitunglah enam perkara di ambang kiamat, iaitu kematianku, penaklukan Baitul Maqdis, merebaknya penyakit maut yang biasanya menimpa haiwan ternakan seperti kambing. Kemudian, melimpah ruahnya harta sehingga apabila seseorang diberi seratus dina dia masih tidak gembira. Selepas itu, fitnah memasuki setiap rumah orang Arab dan genjatan senjata antara umat Islam dan Bani Ashfar. Namun begitu, mereka k