KAABAH AKAN DIANGKAT KE LANGIT
KAABAH AKAN DIANGKAT KE LANGIT BILA BERLAKUNYA PERKARA INI… بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ Dalam kehangatan proses meruntuhkan dan perluasan Masjidil Haram kini, pada suatu hari nanti antara tanda terbesar semakin menghampiri hari Qiamat adalah dengan runtuhnya Kaabah. Seorang manusia terkutuk yang bergelar ‘Zussuwaiqatain’ dari antara dan berbangsa Habasyah dikatakan akan merobohkan binaan suci tersebut. ‘Zussuwaiqatain’ adalah nama gelaran bermaksud ‘si pemilik dua betis yang kecil’ kerana merujuk kepada orang2 Habasyah yang pada umumnya betis mereka bersaiz kecil dan mempunyai kaki yang kurus-kurus. Sebagaimana diriwayatkan dari Ka’ab Al-Ahbar dalam tafsir Ibnu Katsir, tentang perbahasan firman Allah سبحانه وتعالى; حَتَّىٰٓ إِذَا فُتِحَتْ يَأْجُوجُ وَمَأْجُوجُ وَهُم مِّن كُلِّ حَدَبٍۢ يَنسِلُونَ “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi.” (Surah Al-A