Gambar Ilustrasi Adakah kamu mengenali negara Turkistan? Ya, ia adalah sebuah negara yg sudah hilang dari akal fikiran... Adakah kamu mengetahui bahawa Turkistan Timur itu adalah sebuah negara Islam yg cukup besar? Ya benar, amatlah luas negaranya dan amatlah ramai penduduknya. Ia adalah di antara negara terawal yg dibuka di zaman Bani Umayyah sejak tahun 96 Hijrah lagi, namun nasibnya sekarang ia sedang dijajah diratah teruk oleh China sejak tahun 1949 hinggalah sekarang. Sejak tempoh penjajahannya hingga ke hari ini, China dengan kejamnya telah membunuh sebanyak 60 juta lebih umat Islam Turkistan Timur !!, yakni satu jumlah yg amat-amat besar, hampir 10 kali ganda dari jumlah para syuhada Bosnia, Iraq, Afghanistan, Syisyan dan Palestine. Pada tahun 1952 sahaja, China telah menghukum bunuh 120,000 orang dari umat Islam di sana yg kebanyakkannya adalah para alim ulama, dan perkara ini telah disebut sendiri oleh Burhan Syahidi iaitu salah seorang pemerintah Turkistan Timur ketika